Thursday 5 December 2013

ACCIDENT !


haii uolls . lama rasanya dah xupdate ,
macam mana nak update ? on blog pun tak .
lately memang busy gila2 laa . * tapi tak jadi gila la kan :) *
sebenarnya minggu ni aku nak cerita pasal " ACCIDENT "
memang macam2 terjadi dekat kitorang ,
lepas satu - satu ada masalah ,
mula - mula mak aku accident , ade van langgar dari belakang ,
then aku dengan family aku pulak accident .


aku nak cerita pasal mak aku dulu macam mana dia bole accident pada 21/11/2013 ,
masa tu mak naik motor sorang - sorang ,
dia nak ke kedai nak beli barang
 tapi sebelum tu nak kena isi minyak motor dulu ,
sebab minyaknya dah habis ,
then dia pergi shell dah benti dekat tengah2 siap bagi signal ke kanan ,
dah ready nak masuk simpang , tiba - tiba ada van safeguard langgar dari belakang ,
kena handle motor mak aku sebelah kanan ,
terus mak aku jatuh sebelah kiri , nasib lah xbanyak kereta .
masa jatuh tu mak aku kata tangan dia terus rasa sakit ,


bila pergi hospital , doktor X-ray tengok -tengok tangan mak aku patah ,
dah kena masuk besi , mahal pulak tu besinya ,
tapi nak buat macam manakan ? 
kena jugak lah masukkan besi untuk kebaikan mak aku jugak , 
tapi semuanya dah selesai , Alhamdulillah :')
hari ni 06/12/2013 mak aku dah boleh keluar wad 
tapi apa yang kitorg tak puas hati masa pergi buat report ,
mak aku kena saman atas sebab " KECUAIAN ":
padahal aku rasa van tu yg salah , 
kalau orang tu nak masuk simpang ke kanan mana boleh dia potong sebelah kanan kan ?
mestilah dia kena ke kiri tak pun tunggu orang tu sampai masuk simpang !
NOT FAIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




ni gambar mak aku lepas accident , tangan dah bengkak .



masa masuk dalam wad before operate 


genap seminggu mak aku accident ,
 aku dengan family pulak accident pada 28/12/2013 ,
masa elok - elok kakak aku tengah drive tetiba break dengan steering loose ,
lepas tu kakak aku nak ke kiri tak bole sebab steering loose nak break pun tak boleh ,
nasiblah kakak aku tak bawak laju sangat ,
tapi kakak aku still pulas steering nak ke kiri ,
lagi sikit nak langgar divider sebelah kiri ,
kakak aku cepat - cepat pulas steering ke kanan .
sekali terlanggar dengan satu kereta ni , 
lepas tu kereta kitorang ke kiri balik , 
lagi sikit nak masuk gaung nasib kakak aku tarik handbreak ,
itu pun xmakan sangat , 


Ya ALLAH , baru aku tau macam mana rasanya bila accident ,
memang masa dalam kereta tu aku dah jerit - jerit ,
mana taknya itu pertama kali aku accident naik kereta ,
lepas daripada tu memang mengigil laa , 
trauma pun ada ,
tapi nasiblah kitorang semua tak ada apa -apa ,
aku bersyukur sangat - sangat , Alhamdulillah :')
tapi kesian kereta yang kiorang langgar tu ,
dah lah nak balik temerloh esoknya dia nak akad nikah ,
kereta pulak kemek kira kanan , 
tapi bersyukur lah sebab semuanya selamat ,
tak ada seorang pun yang tercedera , Alhamdulillah :'))






ni kereta akak aku yang accident hari tu ,

Sunday 6 October 2013

pantai remis



 hai hai blogger ,
ini semalam punya cerita ( 6/10/2013 )
sha dengan keluarga semalam pergi pantai remis ,
mula2 niat nak tengok mak dengan ayah mancing ,
then jalan2 dekat tepi pantai ,
sha ni memang jenis suka duduk tepi pantai , 
sebab dapat hirup udara yang segar dan dengar bunyi ombak ,
tapi bila tengok ayah mancing dapat ikan ,
tetiba sha pun nak jugak mancing sebab dah lama tak ikut mak dengan ayah mancing ,
sampai sanggup berdiri tengah panas2 tuh ,
sampai hitam la , muka pun merah ,
sebab kulit sha ni memang senang makan matahari ,
dah lah tak pakai sun block ,


masa sha tengah mancing , ada pulak sorang laki ni tangkap gambar dengan sha ,
tapi sha tak pandang pun sebab ingat perasaan sha je ,
sambil tu buat2 macam tengah fokus dekat pancing ,
bila dorang dah nyahh dari situ ,
sha pergi dekat kakak sha ,
lepas tu kakak sha tetiba cakap orang tu tangkap gambar dengan sha , 
so , memang betul laa dia tangkap gambar dengan sha , haha .
rasa macam artis kejap :p 


dekat bawah ni ada gambar yang sha nak kongsi dengan korang ,
tak banyak pun gambar yang sha tangkap ,
sebab sibuk dengan pancing , 
sha dapat seekor je itu pun anak ikan ,
haha ! jadi la kan daripada tak dapat langsung ,
tapi gambar ikan nya lupa pulak sha nak tangkap . 

 ni gambar masa dalam perjalanan nak ke pantai remis , kemain berseri2 lagi muka masa ni , heee :D




ni gambar sha masa tengah mancing , ada style tak ? hehe :D


 kak long dengan ma , posing2


sha dengan ma sha , tapi muka ma tak nampak sangat , sebab terhadang dengan pancing ,  


kak long dengan abah pulak


menghirup udara yang segar 


 kak long nak posing jugak , hehehe :D


matahari terbenam , SubhanaAllah , sungguh cantik ciptaan Allah ,  


 ini sahaja gambar yang sempat sha tangkap ,
 harap2 dapat datang lagi dekat sini ,
imissyou pantai remis ^_^

Tuesday 10 September 2013

maaf ! hati saya tak terbuka untuk siapa2




heyy ! im here !
dah lama sesangat aku tak update kan ?
yelahh , tak tahu nak type apa .
but NOW ! aku dah ada story mory !
macam mana nak mula ehh ? 
aku pun tak tahu , hehee ,


 ada seorang mamat ni ,
 memang aku nampak lah yang dia betul2 sayang kan aku ,
sanggup buat apa sahaja untuk aku .
aku kenal dia pn dari kawan wechat aku .
aku saja kacau kawan wechat aku yang aku nak orang kelantan .
lepas tu tetiba dia kata tempat kerja dia ade sorang kelantan .
then dia bagi no aku dekat kawan dia tu .
dari situ kitorang kenal .


then kitorang pun start jumpa . 
mula2 boleh dikatakan aku suka lah dekat dia .
sebab dia baik sangat2 ,
siap dia kata dia nak khawin dengan aku .
tak ada lah masa first time jumpam dia terus cakap pasal khawin ,
 dah lama kenal baru dia cakap pasal khawin. masa tu aku oke je .
nampak macam terburu-buru sangat kan ?
bukan apa , bila kawan lama2 , mesti macam2 hal timbul kan ?
bila dia dah cakap macam tu aku cuba tanya mak aku ,
tapi bila aku tanya mak aku , bole ke kalau aku nak khawin ?
mak aku tak bagi khawin lagi , sebab aku muda katanya ,
lagipun ada lagi 2 orang kakak aku tak khawin lagi .
mak aku nak kakak aku yang 2 orang tu lepas dulu .
oke , tak kan aku nak membantah pulak kan ?


bila aku fikir2 balik . betul jugak apa yang mak aku cakap tu .
tetiba aku jadi nekad .  tak nak khawin lagi ,
dan aku tak kan terima siapa2 .
melainkan kalau jodoh aku dah sampai baru aku buka hati aku .
lagipun aku selalu berdoa , kalau dia bukan jodoh aku ,
maka kau jauh kan lah aku dengan dia ,
tetapi kalau dia jodoh ku , kau satu kan lah Ya Allah .
sekarang ni memang aku tak ada perasaan langsung dekat dia .


aku cuba nak jujur dengan dia yang tak ada perasaan dekat dia .
 nanti mesti dia sedih dan kecewa kan dengan sikap aku ?
 tapi aku tak boleh tipu perasaan aku ,
kalau aku tipu lagi dia sakit kan ?
tapi dari awal lagi aku dah bagitahu yang aku dengan dia just kawan je .
aku tak nak ada apa2 hubungan yang serious .
dan aku tak nak dia harap apa2 pun dari aku .
aku siap bagitahu dia yang aku still sayang EX aku ( capital P )
sebab aku tak nak dia mengharap dekat aku !


bila aku cakap macam tu dia kata dia paham .
tapi bila aku suruh dia kawan dengan orang lain dia tak nak ,
dia still nak tunggu aku , 
Ya Allah . aku pulak yang rasa serba salah .
aku dah tak tahu nak cakap macam mana lgi dengan dia .
maaf ! saya still tak bole buka hati saya untuk siapa2 lagi . 
saya harap awak dapat orang yang jauh lebih baik dari saya 
 terima kasih sangat2 sebab selalu buat yang terbaik untuk saya :')

 




Tuesday 21 May 2013

I LOVE YOU ABAH !


hye korang ! selamat petang , sihat tak ?
aku sihat alhamdulillah .
hari ni aku nak cerita pasal ayah aku .
tadi aku dengar lagu seventeen yang bertajuk "AYAH" .
korang taw tak bila aku dengar lagu tu je mesti air mata aku jatuh ,
aku memang tak boleh dengarlah lagu mesti aku terpikir kat ayah aku .
aku suke menghayati lagu tu .
apa ? aku ni gedik2 pulak nak menangis ?
aku bukan gedik nak menangis , dah air mata aku nak keluar ,
biarkan jela , tak kan nak tahan pulak kan ? haiyaaaa .


aku sayang sangat-sangat dekat ayah aku ,
walau apa pun yang terjadi aku tetap sayang dia sampai bila-bila .
haa , aku type ni pon air mata aku boleh meleleh tau ,
sebab bukan semua cerita kita boleh ceritakan kat orang kan ?
so bialah masalah ni family aku je yang tau ,
lagi satu bila aku dengar lagi lagu tuh mesti aku teringat masa kecik-kecik .
dulu masa aku kecik-kecik aku memang selalu sesak nafas .
dah lah selalu kena dalam pukul 3 hingga 4 pagi kowt .
nak jalan memang tak bolehlah , tak larat nak berjalan .
ayah aku mesti dukung aku masuk kereta .
ayah aku lah yang hantar aku pergi klinik sedut pam tu ,


dulu aku memang manja sangat-sangat dengan ayah aku .
ape yang aku nak mesti dapat ,
jaranglah benda yang aku tak dapat .
sampai hari tu dorang sambut birthday kakak and adik aku ,
aku tengok dorang dapat hadiah jam ,
aku pun nangis-nangis nak jam tu jugak ,
esok tu bapak aku pun bagi hadiah jam , time tu aku rasa happy sangat-sangat .
kakak aku and adek aku geram je tengok aku , hehehe :p


dulu tiap-tiap tahun sambut birthday aku , 
tapi family-family je tak ada orang luar pun .
pastu mesti dapat hadiah taw , wahhh , kemain happy taw .
sekarang tak ada lah sambut dah , dah tua kan ? hehehe .
tapi tahun ni pulak yang sambut . tapi ayah aku pulak tak ada ,
aku penah cakap main-main dengan ayah nak fon .
tengok-tengok next week tu dia belikan aku fon ,
walaupun juz 3310 je tapi aku happy sangat-sangat taw .
yelaa . siapa yang tak happy ada orang bagi barang kan ?


aku rasa dalam family aku ,
aku sorang je yang selalu dapat apa aku nak , tapi dului lah .
benda yang aku selalu dapat fon lah .
bapa banyak fon yang ayah aku penah kasi dekat aku ,
mana tak nya , fon asyik kena curi , hilang and rosak .
aku ni memang jenis tak pndai jaga barang .
apa yang aku dapat selalunya rosak , sampai sekarang taw .
kekadang aku teringin nak cakap dekat ayah aku yang aku sayang dia sangat2 .
tapi aku malu aku malu lahh . hehee :
( nak cakap dekat pasang tak malu pulak yer shasha ? isk isk isk)
(tapi tak ada bf pon , hehehe :D)
oke lah , itu jela ceritanya , abes dahh , tata titi tutu .
muah muah , hehehe :*


SHA SAYANG ABAH SANGAT ! I LOVE YOU <3 

NIE LAH MA DAN ABAH SAYA :D



Tuesday 19 March 2013

true friend :)




tak jawab dosa kalau jawab sayang
muah muah sape yang jawab ! heheee :D
tengs sangat2 sape yang sudi jawab salam aku tu ,
igt ! memberi salam adalah sunat dan menjawab salam adalah wajib tauu ^_^
okee . tanpa membuang masa marilah kita membuang habuk2 dekat blog ni !
fuh fuhhh fuhhhhhhhhhh . oke sekarang dah bersih !
haa kau ! kemain berkilat2 lagi kan ?
silau tak silau tak ? hehee :p


 actually aku miss giler2 kat 5 org kawan aku ni .
apa nama dorang ? rilex keyhh . aku nak bagitau la ni 
nama2nya .... jeng jeng jeng , hehe ,
FASIHAH , QURA , ECAH , LALA dan SUE .
aku mesti rindu kan dorg bila aku sakit ,
opss , bukan sakit jee . mcm2 sebab aku rindukan korang oke .


 taraaaaa . ini la lah FASIHAH



fasihah yang pakai tudung tuh tau .
hehee . saje je bubuh gamba ni . aku nk enteprem jugok . hikhik
 masa dekat sekolah dia selalu ade dekat sisi aku tau .
bile aku nangis dia la yang peluk aku,
bila aku ade masalah dia tolong aku,
bila aku xde duit nak beli makanan dia la yang belanja aku ,
bila aku lemah dia la yang kuat kan aku .
tengs SAHABAT ! kau selalu ade dengan aku dulu :')
tapi next week kau nk kawen daa .
kau nk pindah kuantan dahh .
sedih wehhhh , waaaaaaaa :'(
tapi nak buat macam mane kan ?
 kau mesti la ikut husband kau kan ?
aku doa kan semoga kau bahagia dengan ur future husb di dunia dan di akhirat ,
amin amin amin ya rabbal alamin :)


ini pulak SUE dan QURA 


 
haaa . mesti korang agak pelik dgn gmba ni kan ? ( padahal xpelik pun )
gmba ni aku terpaksa crop sebab kat tengah2 tu ade aku dgn si fasihah .
bak kata aku , di mana ada camera di situ ade aku , hahaa ! :D
maaf la yerr , aku kekadang suka mengarut , keh keh :p
Sue dgn Qura ni bile aku sakit dorg selalu take care aku tau .
bila aku pening kepala dorg la tlg picitkan ,
bila baju aku kotor kena sambal si Qura ni la tlg cuci kan.
tapi 2 orang ni suka sangat berahsia dgn aku ,
alahhh , sekejap je aku bole tahu apa yang dorg sumbunyikan dari aku tau,
dorang ni kat skola dah macam mak aku tau , hehee :D
love them ! :D


ni pulak nama dia ECAH 
  



haaa . dia ni pulak best friend aku dr form 1 ,
masa mula2 masuk kelas , dia duduk sebelah aku ,
dia tegur aku , mcm2 la kitorg sembang .
kemana2 sahaja kitorg mesti berdua ,
kalau salah sorang xdtg sekolah , mesti dua2 xdatang tau .
kitorg selalu ckp aku ni bf dia and dia gf aku .
haaa . sebab ape ? jangan salah anggap pulak yang kitorang ni lesbian ,
sama sekali tidak oke . sebab nya dulu aku dress mcm lelaki sikit , 
sebab tu la kitorang pggil mcm tu , jalan2 pun pegang tangan gitu , 
haaaa . korang mesti jeles kan kan ? wakakaka !
 dia ni pun suka ambil berat pasal aku , 
kalau aku selsema dia la temankan aku buang itu ituu , 
aku rasa kalau orang lain mesti da geli kan ? kalau dia tak pn , baikkan dia ?
wehh ecah ! syg kau laa :*


ni pulak LALA 




dia ni jenis yang gile2 sikit ,
bila aku dengan dia aku pun jadi gile2 .
ade orang cakap kita orang ni kembar sebab muka sama ,
aku rasa lain kowt sbb mati dia lagi sepet , hehee.
dalam group kitorang dia ni yang paling xbetul sikit ,
kalau dia kata nak buat something tu dia akan buat ,
xkira ape dahhh . itu la lala .
sekarang dia da ade anak sorang tapi perangai dia still gile2 jugak !
sekarang dia kat sabah dah duduk kg husband dia .
sedih wehh ! sebab susah nk jumpe kau dah beb :( 
IMISSYOU :*




okee ! sampai sini je cite aku , da ponek menaip ni ,
huh ? ponek tu ape ? ponek tu mksud dia penat .
haaaa , ni mesti fikir yang bukan2 kan ?
eeiiuuwwww ! otak kuning korang ni . hehee :D
okee laaa . that's all . bubyee .
tengs sebab sudi membaca , muah muah again :*

Sunday 17 February 2013







hai semua , sihat tak ? kalau tak sihat jangan lupa makan ubat tau tau :D
actually aku tak sihat , selsema sudah menyerang ! haiyarkkk -,,- .
maybe sebab sekarang musim tak menentu kan ?
that's why laa demam kowt . ngeee :D
ermmm . da lama aku tak update blog kan sampai dah berhabuk blog ni . 
fuhhhh fuhhhh *tiub habuk* . oke dah bersih blog ni ^_^ .
tetiba terasa rindu pulak dekat blog ni .
owhh dear blog ,  i miss you so much ! muah muah .
oke okee , jangan lebih2 nanti ade orang fikir lain pulak ! Opsss :O


berdirinya saya disini sebab tiada bangku . 
mohon diberi bangku sebab saya ingin bercerita *tetiba* .
haha ! oke oke , stop cakap merapu ! tetttttt :p
actually aku nak hiburkan hati aku je , 
tapi hakikat dalam hati Allah jela yg tahu , huarghhhhh :'(
aku terlalu rindu kan dia, 
tapi mesti dia tak rindu aku kan kan ? hurmm .


 sometime aku tak paham . dia kata dia busy .
oke , aku tak kacau dia pn ,
tengok2 dia on9 means dia tak busy la kan ?
then bila aku tegur , dia langsung tak balas ,
oke aku sabar lagi , 
bila kol tanya napa tak balas msg dlm fb tadi ?
dia tanya aku pulak bila , pastu cakap tak perasan .
owhh yelaa . comment orang lain boley lak perasaan , 
siap balas lagi , tu boley pulak perasan ? hurmmm .


 aku rasa aku dah banyak bersabar kowt .
then aku fikir ni semua mungkin ujian untuk aku .
takpa , selagi aku boley bersabar aku akan bersabar ,
sebab aku sayangkan dia sangat-sangat .
tapi apa pun aku cuba tak nak minta putus dengan dia , 
aku nak pertahankan hubungan ni , insyaAllah kalau ada jodoh dengan dia .
tapi kalau takda jodoh nk buat macam mana kan ? redha jela 


 tapi apa yang penting sekarang aku harap dia setia dengan aku ,
apa yang dia bagitau aku semua benda betul .
tapi kalau dia tipu , tu antara dia dengan Allah .
 sekarang ni aku cuba tak nak berfikiran buruk dengan dia .
aku nak fikir yang dia buat benda baik je belakang aku .
actually aku ni kuat cemburu sebab tula aku selalu fikir bukan-bukan kowt ,
it's ok shasha ! after this kau kena fikir yang positive je ehh .
you can do it shasha ! yeahhhh ! :')



Thursday 20 December 2012



dulu aku ade bf yang baik sangat2 dengan aku .
sanggup buat ape saje demi aku .
pandai hormat orang tua pulak tuh !
selama aku kapel dengan dia ,
susah sangat nak dengar dia marah
sbb dia ni bukan jenis yang pemarah tapi baek hati ,
kalau aku ada buat salah , dia tak kan marah .
tapi dia cuma nasihat aku je .


dah macam2 perangai yg aku buat .
tapi dia still tak marah .
 aku pernah tanya dia kenapa dia tak pernah marah aku ?
walaupun aku dah banyak buat salah dengan dia .
sampai aku buat dia menangis pun ada.
dia cuma cakap yang ayah dia selalu nasihatkan dia .
jangan suka tinggikan suara atau naikkan tangan dengan perempuan .
nanti lame kelamaan jadi kebiasaan .
dia takut nanti kalau aku ade jodoh dgn dia dan kitorang kawen .
nanti perangai tuh terbawak2 .
that's why laa dia tak pernah nak tengking2 n naikkan tangan dengan aku .

.
then bukan dengan dia je yang aku couple ,
 ade lagi 2orang yang aku couple.
tapi aku tak sampai hati nak tipu dia ,
mula2 aku takut jugak nak bagitau dia sebab takut dia tinggalkan aku .
tapi macam mana pun aku kena bagitau jugak !
so aku jujur lah yang aku ade lagi dua orang couple .
( jahat kan aku mainkan hati dia ?)
aku ingat dia nak tinggalkan aku .
tapi tak , dia bagi aku masa 3 hari untuk putus dengan dorang .
aku cakap dekat dia ta boleh so dia bagi aku masa sampai 3minggu .
see . dia sayang sangat2 dekat aku kan ?
tapi aku tak pernah hargai dia .


aku ingat lagi dia penah janji dengan aku ,
macam mana pun dia akan datang tempat aku nak jumpe aku ,
walaupun kitorng dah clash dia akan datang jugak ,
so dia da tunaikan janji dia , 
dari johor dia naik motor sampai tg.malim semata-mata nak jumpa aku ,
masa tuh kitorang dah clash tapi kitorang still pangil "sayang , b "
nampak kan pergorbanan dia untuk aku ?
walaupun masa tu dia tau aku awek org dan dia sanggup tunggu aku .


bukan senang nk dpt laki macam tu kan?
aku rasa macam bodoh sangat2 sebab tak pandai nak hargai kau .
sori sebab aku selalu sangat buat kau menangis , sakit hati n macam2 lagi .
bagus la sekarang kau dah dapat peganti aku yang jauh lebih baek dari aku .
tapi kau kata aku dengan dia sama baik , aku tau kau tipu .
kau saja nak jage hati aku kan walaupun dah banyak kali aku sakitkan hati kau .
aku percaya yang dia tak pernah lagi buat kau menangis .
tapi apa2 pun aku tumpang gembira sebab dia boley jage kau ,
dia selalu ade dengan kau dan buat kau happy .
aku harap hubungan korang sampai ke jinjang pelamin,
dan semoga berkekalan di dunia dan di akhirat ! AMIN .
.

so korang kalau dah ade bf yang baek macam ni ,
jagalah dia betul2 tau ,
nanti suatu hari kalau dia dah tinggalkan korang ,
mesti korang sedih dan menyesal .
nanti jangan plak korang terkejar2 dia balek .
mybe masa tu dia da lupakan korang , dia pun da ade orang lain .
dan dia tak kan tinggalkan orang yang dia sayang untuk korang tau .
INGAT TAU !!!!!!!!!!!!

 
TAMAT !